Sunday, June 22, 2014

ANIES USAHA ENTERPRISE @ PROMOSI LARKIN RAMADHAN 2014

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi dan jualan secara langsung sempena bulan Ramadhan pada tahun 2014. Disamping membekal kuih-kuih tradisional dan biskut moden Anies Usaha Enterprise mengalu-ngalukan para usahawan untuk mempromosikan produk mereka di premis Anies Usaha Enterprise di 02-01 Jalan Kasawari 1, Larkin Jaya Johor Bahru Johor. Premis ini adalah bersebelahan dengan Pasaraya Maslee Ekspress, berhadapan dengan Masjid Kg.Dato' Onn yang bersebelahan dengan Kilang kicap Kipas Udang. Produk jenama manies yang mendapat sambutan hangat pada tahun lepas ialah Kapit berinti Coklat dan Kapit Berinti Peanut Butter. Bagi para usahawan yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan dan ingin mendapatkan tempat perniagaan sempena Ramadhan pihak Anies Usaha Enterprise juga menyediakan Bazar dengan harga yang berpatutan. Hubungi talian 019-728 4436 untuk mendapatkan produk jenama Manies atau menyewa lot perniagaan. 

Monday, December 12, 2011

Program Homestay Anies Usaha Enterprise Sempena Cuti Sekolah


Anies Usaha Enterprise yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru merupakan pengusaha IKS pertama yang berdaftar di bawah program Homestay di bawah Pelancongan Negeri Johor. Sempena musim cuti sekolah yang lalu pelancong dari Sabah telah berkunjung ke premis Anies Usaha Enterprise bagi meninjau aktiviti dan melihat sendiri produk keluaran Anies Usaha Enterprise. Mereka tertarik dengan konsep dan penyediaan produk yang dianggap unik dan tersendiri. Para pelancong bukan sahaja dapat mencuba keenakkan produk keluaran Anies Usaha malah mereka juga turut membeli produk yang digemari sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Sabah. Orang sabah sememangnya menggemari dodol! Terima kasih di atas kunjungan ke premis Anies Usaha Enterprise.

Sunday, November 20, 2011

Anies Usaha Enterprise @ Halfest 2011

Anies Usaha Enterprise telah menyertai Halal Fiesta Malaysia yang berlangsung pada 12 hingga 16 Oktober 2011 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Halfest ini dihoskan oleh HDC dianjurkan bersama MARA dan mendapat kerjasama dari Kementerian Pertanian, JAKIM serta Persatuan Pengguna Islam. Pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan sepanjang pameran ini berlangsung dan booth Anies Usaha mendapat kunjungan dari orang ramai sehingga semua dodol telah habis dijual.

Wednesday, July 20, 2011

Anies Usaha Enterprise @ Produk Malaysia Citarasa Kita Carrefour


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi Pra-Ramadhan di Pasaraya Carrefour dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Program Produk Malaysia Citarasa Kita. Sudah pasti produk jenama Manies akan menawarkan harga promosi yang hebat kepada para pelanggan yang ingin membuat tempahan sempena menyambut bulan puasa dan hari lebaran. Kepada para pelanggan yang ingin mencari pendapatan tambahan sepanjang Bulan Ramadhan bolehlah mendapatkan jenama Manies yang mengeluarkan produk makanan tradisional dan moden yang bermutu dan dijamin keenakkannya. Promosi ini bermula pada 22 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011.

Bagi para pengunjung yang masih belum mencuba produk jenama Manies anda bolehlah menemui kami di booth Anies Usaha Enterprise yang menawarkan pelbagai produk yang sedap, bermutu dan berkualiti. Selain Dodol, Kuih Kapit dan Kuih Siput serta Coklat kami juga membekalkan bahulu dan kerepek pisang tanduk memandangkan permintaan pelanggan yang menggalakkan pada tahun lalu. Jom ramai-ramai kunjungi promosi sempena menyambut Ramadhan di Program Produk Malaysia Citarasa Kita selama 10 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Carrefour Tebrau Jalan Kota Tinggi, Johor Bahru. Jumpa anda di sana!

Friday, March 4, 2011

Anies Usaha Enterprise Dodol Mashmallow Chocolate


Sempena tahun 2011 Anies Usaha Enterprise telah memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat iaitu Dodol Mashmallow Coklat. Produk terbaru ini menggabungkan elemen yang mempunyai nilai tradisi dan moden. Sudah pasti para pelanggan yang inginkan kelainan dan sesuatu yang berbeza tetapi istimewa boleh menikmati produk terbaru keluaran Anies Usaha Enterprise. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dan pengedar boleh hubungi kami di talian 019-728 4436 atau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk kami tetapi menggunakan jenama sendiri boleh menghantar email di aue_manies@yahoo.com. untuk keterangan lanjut.

Saturday, November 20, 2010

ANIES USAHA ENTERPRISE @PROMOSI CUTI SEKOLAH


Sempena Cuti Sekolah, Anies Usaha Enterprise menawarkan pakej promosi cuti sekolah kepada semua pelanggan di seluruh Malaysia dan Singapura.Kami menyediakan pakej yang cukup menarik untuk majlis keramaian rasmi dan tidak rasmi. Kepada para pelanggan yang telah membuat dan menerima tempahan(Rina di Singapura dan As di Nusajaya), kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih jenama manies untuk majlis istimewa anda.Semoga majlis berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan.

Thursday, November 11, 2010

Anies Usaha Enterprise @ Program Groom Big 2010 Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti Ekspo di bawah program Groom Big yang berlangsung di Plaza Angsana pada 6 November hingga 7 November 2010.Program ini dianjurkan oleh MITI dengan kerjasama SIRIM yang membantu para usahawan kecil merintis pemasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di persada antarabangsa.Program ini juga membuka peluang antara pengeluar dan pembeli/pemborong secara langsung dalam usaha membantu pemasaran produk usahawan.